JIka Anda mahu melakukan satu aksperimen, cuba ambil
sehelai kertas dan tuliskan kesemua apa yang anda nak
capai atau yang Anda targetkan.
Baca sekurang-kurangnya tiga kali setiap hari
- pagi, petang dan malam.
Setiap kali membaca Anda perlu percaya bahawa
Anda akan mendapat apa yang Anda targetkan itu.
Cuba lakukan begini selama 30 hari. Ingat setiap kali
gangguan yang mengatakan Anda akan gagal gantikan
segera dengan kaedah untuk mencapainya, bukan
masalah yang akan timbul.
Berikan kepercayaan yang penuh pada minda separa sedar
Anda untuk memberikan Anda jawapan. Tetapi ingat, Anda
kena realistik dalam hal ini.
Jangan setkan perkara-perkara yang memang mustahil
mencapainya dalam masa 30 hari. Atau setkan sesuatu yang
tdak mungkin boleh berlaku seperti hendak menjadi raja
sedangkan Anda sendiri tahu Anda bukanlah berketurunan
raja-raja, seperti hendak menjadi seorang doktor bedah
sedangkan Anda memang tidak pernah atau tidak berminat
hendak mengambil bidang perubatan.
Baca paling kurang 3 kali sehari. untuk kesan terbaik,
imaginasikan seolah-olah Anda dah berjaya mencapai
target Anda itu dan ia berlaku sekarang!
Thursday, April 2, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)